Wednesday, April 8, 2009

maruh wanita sekarang


assalamualaikum w.b.t................

Pada era globalisasi ini, sering kita dengar tentang akhlak remaja khususnya yang tidak tahu malu langsung atas perbuatan mereka. Mereka seolah-olah tidak tahu sesuatu perkara itu berdosa atau pun tidak. Mereka leka dan asyik dengan pujukan/suruhan syaitan laknatullah. Di sini bukan tujuan saya untuk menghina sesiapa pun malah, untuk saling sedar menyedari atas perbuatan kita pada hari ini walaupun kita dalam keadaan sedar atau pun tidak, juga untuk memperingati diri saya insan yang lemah dan tidak ketinggalan dalam melakukan kesilapan dalam menjalani kehidupan ini yang tidak tahu di mana akhirnya...so, sekarang tolonglah jaga maruah kita.maruah tidak boleh dijual beli dengan wang ringgit dan dalam bentuk apa jua pun....ingatlah bahawa azab Allah S.W.T itu amat pedih dan dasyat yang tidak dapat kita bayangkan....MasyaAllah!!....